Wednesday, July 6, 2011

JERAWAT

Jerawat bukan sahaja boleh di kawal tetapi boleh di rawat
Jerawat adalah penyakit kulit yang paling biasa di dunia. Di Amerika Utara sahaja, 17 juta individu dilaporkan mengalami masalah jerawat dan jumlah itu hampir ¾ daripada jumlah penduduk Malaysia! Tekanan perasaan, kecewa, sedih, murung, rasa rendah diri, rasa seperti sentiasa diperhatikan dan pelbagai lagi perasaan yang bermain dalam fikiran kita disebabkan oleh jerawat. Walaupun hanya sebiji, ia boleh menyebabkan havoc, apatah lagi kalau penuh di muka. Lebih teruk lagi jika ianya muncul juga di bahagian belakang badan dan di bahagian dada.
Masalah ini menjadi lebih buruk daripada sepatutnya kerana ramai pesakit tidak tahu menahu tentang punca jerawat dan bagaimana untuk merawatnya dengan betul. Situasinya menjadi lebih kronik kerana banyak informasi yang wujud tentang jerawat adalah tidak tepat atau berat sebelah atau silap sama sekali.
Setakat yang saya tahu, masih belum ada seorang doktor yang menulis artikel atau buku yang menceritakan masalah jerawat secara khusus. Saya juga telah mengkaji laman-laman web dan membaca banyak buku mengenai jerawat yang ada di pasaran, namun saya dapati terdapat banyak anggapan salah yang diutarakan dan malah ada juga untuk menakutkan pengguna. Terdapat cara yang kurang sesuai untuk merawat jerawat dan boleh membawa mudarat kepada pesakit. Ada juga yang mengatakan jerawat boleh hilang dalam masa tiga hari, seminggu dan sebagainya, yang pada saya adalah kurang tepat.
Untuk lebih lanjut, pls klik



No comments:

Post a Comment